top of page

 

Info Klinik Praktek

 

Klinik 113

Rumah Sakit Gleneagles Penang
1 Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia

Tel: +604 2229152
Email: drpaulkychan@gmail.com

Jadual klinik:

Senin- Jumat : 9:30am to 4:30pm
Sabtu : 9: 30am to 12:30pm

 

 

Tentang Dr.

Dr Chan Kok Yu adalah spesialis ortopedi (orthopaedic surgeon) yang berkhusus dalam Bedah Sendi & Olahraga (Joints & Sports Surgery). Beliau merawat kondisi serta cedera olahraga dalam sendi lutut (knee), bahu (shoulder) & panggul (hip). Keahlian (expertise) beliau khususnya dalam perawatan dan operasi sendi lutut. Klinik praktek beliau adalah di Rumah Sakit Gleneagles Penang, Malaysia.

 

 

Dr. Chan mendapat ijazah kedokterannya dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1999. Beliau seterusnya mendapatkan latihan spesialis dalam bidang ortopedi dan dianugerahkan ijazah spesialis, iaitu Sarjana Surgeri Ortopedik dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2008. Dr. Chan didaftarkan sebagai spesialis ortopedi (orthopaedic surgeon) di bawah Daftar Spesialis Nasional, Malaysia. Pada tahun 2010, Dr. Chan menjalani latihan fellowship dalam bidang pembedahan gantian sendi (joint replacement surgery) & pembedahan olahraga (sports surgery) di Hospital Tan Tock Seng, Singapore. Beliau juga menjalani latihan dalam operasi perbaikan tulang rawan lutut (knee cartilage repair surgery) di Rosemont, Illinois di USA pada tahun 2012 (Arthroscopy Association of North America Master Course). Pada tahun 2015, Dr Chan menjalani latihan dalam operasi artroskopi sendi panggul (hip arthroscopy) di York, United Kingdom.

Lutut adalah sendi yang paling lazim mengalami cedera atau kondisi nyeri. Prinsip perawatan sendi lutut oleh Dr Chan ialah kembalikan lutut ke keadaan sehat dan kelestarian untuk jangka panjang. Tujuan ini dicapai oleh Dr Chan melalui teknik perawatan dan operasi lutut yang terkini.

Teknik operasi terkini digunakan untuk dua operasi yang paling lazim dilakukan oleh Dr Chan, iaitu penggantian lutut (knee replacement) dan rekonstruksi ACL (ACL reconstruction).

Operasi penggantian lutut dilakukan oleh Dr Chan dengan cara operasi berpanduan komputer (computer assisted surgery). Teknik ini ialah teknik terkini dan termaju untuk membolehkan operasi penggantian lutut dibuat dengan jitu dengan hasilan yang bagus dan komsisten.

Operasi rekonstruksi ACL dilakukan oleh Dr Chan dengan teknik artroskopi secara anatomikal & individualisasi (individualised anatomical arthroscopic technique). Teknik ini ialah teknik termaju dan terkini di mana ACL yang terobek dapat direkonstruksi  paling jitu dengan mengambilkira struktur lutut pasien individu. Operasi ACL dengan teknik terkini ini mengembalikan lutut ke tahap kesehatan asal sebelum cedera dan memelihara lutut daripada keausan rawan pada jangka panjang.

bottom of page