top of page

 

Info Klinik Praktek

 

Klinik 113

Rumah Sakit Gleneagles Penang
1 Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia

Tel: +604 2229152
Email: drpaulkychan@gmail.com

Jadual klinik:

Senin- Jumat : 9:30am to 4:30pm
Sabtu : 9: 30am to 12:30pm

 

 

Cedera ACL

ACL atau "anterior cruciate ligament"  ialah ligamen yang paling lazim tercedera atau terobek dalam lutut.  Akibat robek ACL, fungsi lutut pasien akan terjejas dan pasien tidak dapat melakukan aktivitas lasak seperti olahraga. Pasien akan rasa lutut tak stabil, nyeri dan rasa longgar.

Cedera ACL juga ada kesan jangka panjang, iaitu pengapuran lutut. Kajian telah membuktikan cedera ACL yang tidak dirawat membawa kepada keausan tulang rawan lutut selepas 5 hingga 10 tahun. Kondisi ini dipanggil pengapuran lutut. Pasien dengan pengapuran lutut rasa nyeri lutut, kaku lutut. Pengapuran lutut boleh jadi berat sehingga perlu rawatan operasi ganti lutut.

 

Ujian yang paling bagus untuk konfirmasi ACL robek ialah MRI. Pasien yang derita simptom lutut tak stabil, kelonggaran atau nyeri setelah cedera olahraga atau kecelakaan boleh menjalani ujian MRI scan.  Ligamen ACL adalah sangat penting untuk stabilkan lutut dan cegah keausan (pengapuran) tulang rawan lutut. Oleh itu, kalo MRI konfirmasi ACL robek atau putus, ACL paling baik dirawat secara operasi. Rawatan konservatif, iaitu tanpa operasi tidak boleh menyembuhkan ACL kerana ACL yang robek tidak boleh bersambung semula menjadi normal. Walaupun dengan rawatan fisioterapi agresif, lutut yang terobek ACL akan kekal dengan kelonggaran dan tulang rawan lutut akan keausan dalam jangka panjang. Tidak ada obat atau supplemen yang boleh dimakan untuk memulihkan ligamen ACL.

Pasien yang terobek ACL tidak boleh menjalankan aktiviti lasak seperti olahraga karena kelonggaran atau ketidakstabilan lutut. Sekiranya pasien cedera ACL lutut dan lututnya rasa longgar atau tidak stabil semasa berjalan atau berlari, pasien boleh pertimbangkan opsyen rawatan operasi rekonstruksi ACL.

bottom of page